dear cikgu,
dari mula, saya ingat apa ibu mengatakan mengenai cikgu. katanya, cikgu selalu menulis 'terlalu baik' di bukunya. tidak pernah saya dapat pujian sebegitu. malah cikgulah yang menyokong kami, menolong kami, dan tidak pernah putus asa.
ketika saya mendapat tahu bahawa saya telah mencapai A1 untuk peperiksaan peringkat o, yang pertama saya ingati ialah cikgu. dan hari yang cikgu benar-benar memberi kami duit, kegembiraan kami tidak dapat saya meluahkan dalam perkataan.
saya ingat juga, masa yang saya duduk, berkaki ayam, dalam bilik cikgu, masa itu ialah apabila cikgu tengah membawa naik semua barang-barang cikgu. saya duduk di lantai hampir satu jam lebih, berceloteh dengan cikgu. kandungan perbualan itu saya semat di hati, cikgu.
benar benar cikgu merupakan seorang yang lain daripada yang lain, keropok, peribahasa, mengaji -semuanya istimewa.
ingat tak cikgu, cikgu mengatakan bahawa cikgu ingin berhenti kerja tahun yang kami habis peringkat o? cikgu pergi terlalu siang cikgu, benar, kami semua merindui cikgu. malah kami tahu, cikgu tidak seksa lagi. dan itulah yang paling penting.
seribu langkah tidak dapat merapatkan jarak antara dunia kami.
cikgu, nadia minta maaf. besok, nadia rasa yang nadia tidak dapat pergi. hati nadia pasti akan pecah seribu, memandang cikgu. dalam memori saya, cikgu masih memegang whistle di atas kantin, dan sedia untuk dengar kata-kata kami jika kami ketuk pintu bilik cikgu, walaupun cikgu tidak mengajar kami lagi. apabila kak hafsah pergi dalam bulan februari, tidak sempat saya sampai ke KL. nadia rasa besok akan lebih dari apa nadia boleh tahan cikgu. cikgu, jangan marah ya cikgu? nadia minta maaf.
nadia tahu harinya belum sampai lagi, tetapi
selamat hari guru, cikgu.
sentiasa murid cikgu,
nadia.
air mata setia mengalir.
__SMILE (:
|12:10 AM|